TAKZIAH BUAT ZAIRUL AZMIL
- Mar 14, 2019
- 1 min read
Takziah dari warga Blackmax HC buat seorang ahli kami yang kehilangan bapa beliau pada tanggal 10 Mac 2019 baru-baru ini. Kami bersimpati dan berharap agar Zairul sentiasa redha dan tawakkal dengan ketentuan Yang Maha Esa kerana Dia tahu yang berlaku ini pasti ada hikmahNya.
Tiada kata-kata yang mampu dapat diungkapkan dari kami. Kami sentiasa berada bersama Zairul bagi menghadapi masa-masa ini. Kita hanya mampu memberikan kata-kata namun apa yang ditanggung oleh Zairul hanya dia dan keluarga sahaja yang merasainya. Kami sentiasa berdoa agar beliau dapat mengharunginya dengan hati yang terbuka.
Takziah sekali lagi. Al-Fatihah.


Comments