top of page

SUKAN ASIA 2018 - BOLA BALING

  • Jul 31, 2018
  • 1 min read

Dua anggota Kelab Blackmax telah membanggakan kelab apabila terpilih untuk menyertai pasukan Bola Baling Malaysia yang akan bertanding di Sukan Asia Palembang Jakarta 2018 yang bakal berlangsung Ogos ini. Dua anggota tersebut adalah Ridzuan Mohd Razali dan Muhammad Ammar Safwan Nadzaruddin. Mereka terpilih mewakili negara pada temasya bersama pemain-pemain dari kelab dan negeri berbeza. Blackmax HC sangat berbangga dan mengucapkan selamat berjuang untuk negara kepada mereka berdua dan tidak lupa juga seluruh kontigen kebangsaan.

Tidak dinafikan bahawa dua pemain ini adalah antara tonggak penting Blackmax HC dan kami mengharapkan mereka dapat melakar sejarah tersendiri apabila bertanding nanti. Mungkin ini adalah pentas bagi mereka mempamerkan aksi di peringkat antarabangsa dan sebagai batu loncatan untuk mereka lebih berjaya dan dalam masa yang sama dapat membantu Blackmax HC untuk lebih berjaya di masa akan datang.

Kami mengucapkan selamat maju jaya dan berharap Pasukan Bola Baling Lelaki Malaysia dapat menunjukkan sesuatu kepada kepada seluruh Asia yang mana kita juga mampu berjaya di dalam sukan ini.

Good luck!!

 
 
 

Comments


  • Facebook Social Icon
  • Twitter Social Icon
  • Google+ Social Icon
  • YouTube Social  Icon
  • Instagram Social Icon

© 2017 by BLACKMAX HC . Proudly created with Wix.com

bottom of page